Showing posts with label SEO. Show all posts
Showing posts with label SEO. Show all posts

mencari sebab blog lambat dibuka

slow loading
Tentunya setiap orang inginkan blog yang loading nya lebih cepat.Loading yang lambat akan menyebabkan pengunjung meningggalkan blog anda ,kerana sifat manusia memang tidak suka menunggu.Untuk artikel kali ini saya ingin berkongsi cara mengenal pasti dimana penyebab loading blog kita menjadi lambat.Blog yang laju juga adalah salah satu faktor yang akan menentukan kedudukan pada ranking google.
Bila kita membuka blog (semasa proses loading) ia akan mengambil data dalaman dan data luaran.Data dalaman adalah seperti yang dimasukkan pada template dan data luaran adalah fail fail seperti imej ,javascript yang dihostkan pada lokasi lain.Untuk data luaran ini akan menyebabkan blog jadi lambat dan kadang kala gagal dibuka sama sekali.
Bagaimana kita nak mempastikan bahagian mana yang lambat jika banyak data luaran yang diambil ?.
Pada masa mula membuka blog anda perhatikan pada status bar sepeti dibawah ini.

status bar
Secara logiknya bahagian mana yang lama untuk loading bermakna bahagian tersebut berat dan perlu hapuskan jika ingin loading yang laju.

Untuk melihat lebih terperinci bahagian mana yang lambat boleh gunakan tool yang terdapat pada tools.pingdom.com

 dari geraf yang terdapat seperti pada imej diatas kita boleh melihat bahagian mana yang lambat.

Cara elak duplicate title tags

duplicate content
Duplicate title tags atau pun Duplicate meta descriptions adalah perlu dihalang dari search engine kerana hasil carian yang mempunyai tajuk yang sama membuatkan search engine menjadi keliru.Hal sebegini menyebabkan blog anda menjadi tidak mesra SEO.Adalah menjadi kebiasaan bagi blogger untuk merujuk  link pada komen yang ada pada posting contohnya seperti: http://teknikbuatblog.blogspot.com/2011/01/letak-background-dan-border-pada.html?showComment=1295226996033.Google akan mengesan link ini sebagai halaman yang berasingan pada hal ia adalah anchor link kepada pada posting kita.

Cara untuk mengelakkan hal diatas berlaku.

1.Edit template
Log in ke blogger
Pada dashboard Pilih template-edit HTML-


Cari kod berikut:
<a expr:href='data:comment.url' title='comment permalink'>
  <data:comment.timestamp/>
</a>

Gantikan dengan kod berikut:
<b:if cond='data:post.commentPagingRequired'>
  <a expr:href='data:comment.url' title='comment permalink'> <data.comment.timestamp/> </a>
<b:else/>
  <a expr:href='data:blog.url + &quot;#&quot; + data:comment.anchorName' title='comment permalink'> <data:comment.timestamp/> </a>
</b:if>
2.Ubah tampilan pada archives

Archive pada blog kebiasaan akan memaparkan senarai link yang panjang tetapi google agak sukar untuk memahaminya dan ia juga menjadi punca duplicate content. Ubahkan widget Archives supaya senarainya menjadi flat list.

archives

update 9/5/2013

Cara meningkatkan Alexa Rank

alexa logo
Terdapat banyak cara bagi  meningkatkan alexa rank , setiap blogger mempunyai cara tersendiri   bagi meningkatkan alexa rank. Bagi yang belum memahami apa itu alexa rank,ia adalah suatu pengukur trafik yang mengunjungi web atau blog.semakin kecil nilai Alexa Rank maka semakin baik trafik bagi sesuatu web ataupun  blog .

Berikut ini adalah lima cara bagaimana meningkatkan alexa rank:

1.Pasang  Widget Alexa
 Jangan segan untuk memasang widget ini pada blog anda walau pun nilai Alexa rank pada blog dalam   nilai juta.Dengan cara ini macam satu signal untuk dikirimkan ke server Alexa ketika blog kita dikunjungi.sehingga update pada blog kita terus menerus berjalan.Setiap klik pada widget Alexa yang dipasang pada blog kita jua dikira sebagai satu kunjungan.

2.Pasang Alexa Toolbar yang boleh didownload pada web Alexa.Jika sekiranya kita menggunakan Firefox adalah disarankan memasang add on Webrank Toolbar.

3.Menulis artikel pada sesuatu isu atau tema yang sedang hangat yang mana mampu meningkatkan trafik ke blog anda.

4.Melakukan Blogwalking dan meninggalkan komen pada blog yang kita lawati.,kebanyakan pemilik blog juga akan melawati blog anda kembali dan dari situ juga kita boleh mendapat trafik.

5.Sentuhan SEO pada posting adalah perlu agar lebih cepat di kesan oleh google dan blog kita menduduki halaman pertama hasil pencarian,akan membawa kesan dimana kemungkinan untuk dikunjungi adalah lebih tinggi.

ubah nama blog kepada tajuk artikel

Kenapa perlu menukar nama blog menjadi tajuk arikel?.Dengan membuat begini, nama blog anda akan diubah menjadi tajuk artikel apabila posting dibuka.Dengan cara ini akan memudahkan pencarian oleh  mesin pencari seperti  google dan yahoo kerana ia menggunakan  tajuk artikel dalam pencariannya.
Trik ini akan meningkatkan hasil pencarian dengan menggunakan Yahoo,Google,Bing dan boleh meningkatkan pengunjung ke blog anda.

1.Masuk ke akaun blogger anda.
2.Klik Design dan pilih Edit HTML
3.kemudian cari kod ini

< title >< data:blog.pageTitle /></ title >


gantikan dengan kod dibawah ini:

<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> ~ <data:blog.title/></title>
</b:if>

4.kemudian save template anda
5.kemudian anda boleh lihat tajuk artikel anda akan muncul di title bar pada browser.

keyword melalui imej

Memang satu perkara tidak boleh dipisahkan semasa membuat laman web atau  pun blog, kita memasukkan gambar didalamnya.Kebanyakan search engine seperti Google, dan Yahoo, memberi pilihan untuk membolehkan kita mencari hanya gambar sahaja. Dengan adanya gambar sesuatu halaman blog itu akan lebih menarik  dan tidak hanya mengandungi teks sahaja. Tetapi perkara utama yang perlu kita ingat ialah jangan terlalu teruja untuk memasukkan halaman dengan gambar, kerana  ini akan membuatkan  masa  loading menjadi lambat. Perkara utama yang perlu kita ambil kira adalah masalah teknik SEO (search engine optimization), ingatlah  bahawa search engine masih belum mampu mengindeks sebuah gambar kerana ia  hanya mengindeks sebuah halaman blog berdasarkan kepada keyword dari teks dan bukan nya gambar. Oleh itu sesebuah halaman blog yang berisi  dengan teks akan lebih mudah terindeks daripada yang penuh dengan imej.

Bagaimanapun, search engine juga dapat mengenali keyword dari gambar berpandukan nama gambar dan attribut Alt. Sebagai contoh, kita  membuat keyword dari gambar produk jaket kulit. Supaya gambar itu juga menjadi keyword yang menyokong teknik SEO maka berilah nama "Jaket-kulit" atau "Jaket Kulit". Secara umumnya para blogger atau webmaster tidak menyedari  akan hal ini dan meletakkan saja  namanya, seperti image01, gambar01 dan sebagainya. Seeloknya  pakailah tanda '-' atau '_' jangan gunakan spacing(ruang kosong), kerana search engine  akan menganggap karakter itu adalah pengganti spacing.

Setelah pemberian nama yang mengarah kepada keyword, manfaatkan attrtibut Alt, misalnya "Jaket kulit kualiti eksport". Oleh itu secara lengkapnya adalah  Jaket kulit kualiti eksport . Perhatikan bahawa antara nama fail gambar dan attribut Alt masih memiliki persamaan dan jangan berbeza sama sekali. Contoh yang salah . Pemberian nama fail hendaklah ringkas (jangan lebih 5 perkataan), jelas dan menggambarkan imej. Penggunaan attribut Alt maksima adalah 10 perkataan, kerana jika lebih dari 10 perkataan  akan di anggap sebagai spam oleh search engine. Pemberian nama fail dan attribut Alt juga perlu  menggambarkan kandungan halaman dan keyword yang kita hajati.
dibawah ini adalah contoh bagaimana hendak meletakkan attribut alt pada imej.Dalam mode edit html cari kod image yang dimasukkan:
dan ditambah menjadi begini:

Dengan memanfaatkan keyword dari gambar, maka harapan untuk mendatangkan pengunjung lebih banyak akan berhasil.