Meletak iklan didalam posting


Iklan yang diletakkan didalam blog boleh menghasilkan pendapatan sambil anda berblog.Namun iklan yang diletakkan hendakah di posisi yang sesuai bagi menarik pengunjung mengklik iklan diblog anda.Salah satunya adalah dengan meletakkan didalam posting.

meletak iklan

Cara meletakkan iklan didalam posting
1.masuk kedashboard blog anda
2.Klik pada theme dan pilih edit html

dashboard blog

3.cari kod <data:post.body/> pada template ,gunakan CTRL+F (jika belum biasa gunakan ikuti tutorial ini)

cari perkataan



4.Salin kod iklan dan letakkan seperti dibawah ini

<data:post.body/>
<center>CODE IKLAN ANDA</center>

5.Klik pada preview dan simpan template anda jika tiada error

Mengapa blog saya tiada pada carian Google?



“Saya telah buat blog sendiri,tapi bila saya search google masih tak jumpa.dimana silapnya”.Demikian lah antara soalan yang selalu timbul bagi anda yang baru dalam membuat sebuah blog.Sebagai sebuah blog yang baru cuma anda saja yang tahu kewujudannya.Ia akan terperap begitu sahaja jika anda tidak mengorak langkah untuk memperkenalkannya pada umum.Yang akhirnya akan tersebar di alam siber.
blogger

Langkah langkah yang perlu dibuat setelah berjaya membuat sebuah blog

1.Memperkenalkan blog pada google

Langkah awal ini adalah bagi memasukkan alamat blog anda pada google agar blog anda dapat diindeks pada senarai google.
Masuk ke web Add URL-Google

add url google

Masukan alamat blog anda pada ruangan URL,taipkan teks catcha yang dipaparkan dibawahnya dan klik butang submit request.

2.Ping blog anda

ping blog


Tujuan ping adalah untuk memberitahu search engine seperti google bahawa anda baru saja update blog.Ping perlu dibuat setiap kali anda membuat artikel baru pada blog.Laman web untuk ping blog adalah seperti pingomatic,feedshark dan sebagainya


3.Berkongsi artikel blog.

ping artikel


Terdapat banyak laman web bagi berkongsi artikel seperti pingbusuk,pingje.org, blogr dan blogged.my.Pingbusuk akan ping entri anda secara automatik(dengan memasang widget diblog anda),sementara yang lainnya perlu dibuat secara manual.Anda akan  menerima banyak trafik(pengunjung) dengan berkongsi artikel di laman web tersebut.Artikel anda akan mula tersenarai dalam carian google

4.Blogwalking

blogwalking


Blogwalking adalah satu cara untuk mempopularkan blog anda dan menerima trafik.Caranya ialah dengan berkunjung kelaman laman blog dan meninggalkan pesan atau sapaan di chatbox yang ada diblog tersebut.klik link pengunjung yang ada dichatbox tersebut untuk keblog seterusnya.Pasang juga widget(chatbox) tersebut di blog anda.

Demikian lah antara cara cara yang dapat mempopularkan blog anda dan memudahkan tersenarai di search engine.Anda akan dapat lihat hasilnya dalam beberapa hari sahaja.

Cara menukar bullet list pada blog


Salah satu cara bagi memperindahkan artikel semasa posting adalah dengan meletakkan bullet list.Blog list bawaan dari blogger adalah berbentuk titik bulat sahaja.Bullet ini boleh anda gantikan dengan bentuk yag lebih menarik.


bullet

Cara memasukkannya pada blog:

1.Pada dashboard klik pada template
2.Pilih edit HTML
3.Pada template cari kod ]]></b:skin>
dan letakkan kod dibawah ini diatasnya

post ul li {list-style-image:url('https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggSEML2e4Eh2OJK9kzDRe8ekAvEg0Bxxv0xTsKI45_Sflv52Pps6M_mO1tLSgvJ3ptIp0ygOUIOFIqzm_3sV1HgMo-9YEXcMLOeCoDRGWa7Hzq-jpTNxlrfIKvozFzlKSfl06byIJgGNzd/s1600/1.gif');
}


kod yang berwarna oren adalah url bagi bullet list.Anda boleh upload bullet yang ingini dan letakkan url pada kod tadi.
Senarai bullet list sebagai contoh,boleh didapati seperti dilaman websitebullets.com.

Cara upload imej pada blogger:

Caranya amat mudah,cuma semasa posting atau buka mana mana posting dan masukkan imej.Setelah imej dimasukkan klik kanan pada imej tersebut dan pilih copy link location.Sesudah dapat link tersebut, imej tadi boleh lah dipadam.Imej yang telah dimasukan telah tersimpan diblogger(picasaweb).

Selamat mencuba